Jumaat, 20 Julai 2012
Tips Kurus
1 Senaman ~ Tips kurus paling berkesan melakukan senaman selama 20 minit, sebanyak 3 kali seminggu.
 Bagi yang sedang berdiet, sebaiknya lakukan secara seimbang dan 
mengikut kemampuan diri. Mulakan  dengan perlahan-lahan ini tidak akan 
membebankan badan.

 2 Makan Makanan Sihat ~ Seimbangkan diet anda, lebihkan buah, sayur dan ikan. Kurangkan daging merah dan makanan ringan pastinya diet kurus anda akan menjadi sempurna. Ada juga tips – tips diet untuk kurus menyatakan supaya menyimpan buah apal hijau
 di dalam peti sejuk dan gantikannya menjadi snek apabila anda 
berkeinginan untuk mengunyah. Gantikan juga air berkabonat dengan jus seperti apal hijau, carot, oren, limau dan sebagainya mengikut kegemaran anda. Yogurt juga baik untuk mereka yang sedang berdiet.
 3  Kurangkan Makan ~ Kawal diet anda, makan hanya pada waktu yang betul dan kuantiti yang berpatutan. Salah satu tips diet kurus lagi adalah dengan mengurangkan separuh dari
 kadar pemakanan anda sebelum ini, contohnya sebelum ini anda makan 2 
senduk nasik, ketika dalam proses diet cuba kurangkan kepada 1 senduk 
sahaja. Tips diet untuk mengurangkan makan juga boleh dilakukan dengan 
menambahkan serat yang banyak di dalam diet anda, makanlah sehingga 5 kali hidangan berupa buah-buah dan sayuran.
 Diet buah-buahan ini boleh juga di ambil diantara waktu makan jadi 
perut anda tidak kosong dan lapar lagi… pastinya program kurus anda akan
 berjalan dengan lancar.
 4 Eskpresi Diri ~ Lakukan apa yang anda ingin lakukan.
 Katakan apa yang anda ingin katakan serta lakukan segala yang betul 
untuk diri sendiri. Sibukkanlah diri dengan aktiviti kegemaran, jangan 
membiarkan masa anda terbuang begitu sahaja. Ini dapat mengelakkan dari 
anda berfikir untuk makan apabila bosan sebaliknya anda pastinya akan sentiasa gembira dan ceria… Begitulah ekspresi diri juga turut menyumbang dalam mengrealisasikan program kurus anda.
5 Kawal emosi
 ~ Satu lagi tips kurus yang tidak harus dilupakan dalam program kurus 
anda, bijaklah mengawal emosi dan pemikiran anda, dengan ini anda akan 
bersedia menerima sebarang kebarangkalian dalam hidup. Tingkatkanlah  keyakinan diri dan hargai diri sendiri
 pastinya melakukan yang terbaik kepada diri sendiri. Sebenarnya tabiat 
pemakanan juga ada kaitannya dengan emosi diri jadi untuk merealisasikan
 diet kurus anda, pastikan pengawalan emosi yang terbaik. Diet kurus 
anda juga akan lebih akan lebih berkesan dengan mengamalkan gaya hidup sihat.
Rabu, 18 Julai 2012
Hari Pertama Belajar Belog
Hari nie belajar blog dengan Cikgu Salman Sha'ari dan dibantu oleh En. Mazri Yaakub.  Cikgu-cikgu begitu sporting melayan kerenah peserta (pelajar2 tua... ops ada yang muda belia.. rumaja gituew).  Sesi bermula dengan bergambar dengan peserta dan cikgu2.
| gambar kenangan (huduhnya akak) | 
Langgan:
Ulasan (Atom)